▶ Pegawai Pengaturcara (S1)
Kerajaan negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk menswastakan pengurusan bekalan air di Kelantan melalui penubuhan syarikat usahasama milik bersama Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dan Thames Water PLC yang diberi nama Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB). Pada peringkat permulaan Thames Water PLC memiliki saham sebanyak 70% manakala YAKIN memiliki saham sebanyak 30% dalam KWSB. Perjanjian pemilikan saham dalam KWSB adalah selama 25 tahun dan diakhiri perjanjian tersebut saham Thames Water PLC akan menurun 30% manakala saham YAKIN akan meningkat menjadi 70%.
KWSB mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 1995 setelah mengambil alih semua tanggungjawab dari Jabatan Bekalan Air. KWSB juga bertanggungjawab untuk mengendalikan bekalan air sedia ada, perawatan air dan sistem pembekalan termasuk mengeluarkan bil dan mengutip hasil serta memajukan keperluan penduduk negeri Kelantan.
Setelah beberapa tahun beroperasi di bawah KWSB, pada 29 April 1999, Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat keputusan untuk membeli keseluruhan saham Thames Water PLC dalm KWSB iaitu 70% dan YAKIN 30% melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Nama KWSB telah ditukar kepada Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) setelah PMBK memiliki saham sepenuhnya 100% dalam AKSB merupakan sebuah syarikat swasta milik Kerajaan Negeri atau ‘government link company’ (GLC).
AKSB mempunyai pejabat operasi di setiap jajahan di Kelantan iaitu di Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai, Jeli, dan Gua Musang. Bagi pejabat jajahan Kota Bharu ianya telah di bahagi kepada 3 kawasan kerana keluasannya yang besar iaitu Kota Bharu Utara, Timur, dan Selatan. Semasa AKSB mengambilalih pengurusan daripada KWSB dahulu jumlah pengeluaran bekelan air bersihbagi semua loji rawatan air di Kelantan adalah sebanyak 184 juta liter air sehari (JLH).
CARA MEMOHON
Calon-calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan jawatan kosong dengan lengkap termasuk resume (latarbelakang peribadi, pendidikan, pengalaman dan latihan) yang boleh didapati melalui sesawang www.airkelantan.com.my atau KLIK DISINI. Permohonan hendaklah sampai ke Ibu Pejabat Air Kelantan Sdn Bhd sebelum 12 April 2015 di alamat:
Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran,
Air Kelantan Sdn Bhd.
Tingkat 3, Bangunan Perbadanan
Menteri Besar Kelantan.
Lot 2 & 257, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu, Kelantan.
TEL: 09-7437777
Email: psm@airkelantan.com.my
Maklumt lanjut mengenai jawatan di Air Kelantan Sdn Bhd boleh dapatkan DISINI.
Social Plugin