TERKINI

6/recent/ticker-posts

Jawatan Kosong Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) – 30 Jan 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan. Jawatan adalah seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut):



Jurutera Residen 1
Kerani Tapak ( Mekanikal & Elektrikal ) 1
Kerani Tapak ( Seni Bina )







LPHS ditubuhkan melalui Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang diwartakan di bawah Warta Kerajaan Negeri Selangor Jilid 54 No. 26 bertarikh 26 Disember 2001 (Enakmen LPHS 2001) dan mula beroperasi pada 1 Mac 2002. Pada peringkat awal penubuhan LPHS hanya menjurus kepada penyambungan tugas-tugas di Seksyen Perumahan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor iaitu memantau kutipan ansuran bulanan 174 skim rumah awam kos rendah yang melibatkan 18,508 akaun dan memantau pembahagian rumah berdasarkan Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) bagi rumah kos rendah. Walau bagaimanapun, mulai awal tahun 2004 selain daripada tugas tersebut, LPHS dikehendaki melaksanakan sepenuhnya fungsi-fungsi yang termaktub di dalam Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor 2001.



Cara Pemohonan (Klik untuk Memohon)



Semua permohonan perlu dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan [LPHS 01/PSM ]. Borang (LPHS 01/PSM) boleh didapati secara percuma di kaunter LPHS. Permohonan hendaklah dihantar kepada:-
PENGARAH EKSEKUTIF
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
TINGKAT 5, PODIUM UTARA, BANGUNAN SSAAS
40503 SHAH ALAM, SELANGOR
Maklumat lanjut jawatan kosong LPHS 2015 boleh didapati disini.



Tarikh tutup permohonan: 30 Jan 2015