TERKINI

6/recent/ticker-posts

Jawatan Kosong Terkini Majlis Daerah Setiu 21 Feb 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
1. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Ja29
Kelayakan : Sijil / Diploma dalam bidang Perancang Bandar dan Wilayah
Gaji : RM1,418.00 – RM5,121.00
2. Penolong Arkitek Landskap Ja29
Kelayakan : Sijil Institut Pertanian / Diploma dalam bidang Seni Bina Landskap
Gaji : RM1,418.00 – RM5,121.00
3. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Ja19
Kelayakan : SPM
Gaji : RM1,377.00 – RM4,052.00
4. Pembantu Kesihatan Awam U19
Kelayakan : SPM
Gaji : RM1,360.00 – RM4,052.00
5. Pembantu Operasi N11
Kelayakan : PT3/PMR
Gaji : RM1,216.00 – RM2,983.00

Majlis Daerah Setiu terletak di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.Kedudukannya adalah lebih kurang 70 kilometer dari bandar Kuala Terengganu dan 40 kilometer dari bandar Jerteh.
Sejarah Penubuhan Majlis Daerah Setiu ditubuhkan pada 1 Jun 1985 mengikut Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 335 bertarikh 6 Jun 1985 dan merupakan pihak berkuasa tempatan yang ke 7 bagi negeri Terengganu.
Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Setiu terbahagi kepada sebuah bandar utama, iaitu Bandar Permaisuri ( Pusat Daerah ) dan 8 pusat petempatan yang memainkan peranan penting dalam konteks menawarkan barangan, perkhidmatan dan pentadbiran kepada penduduk :-
      Pekan Sri Langkap (Sungai Tong)
      Guntong Luar
      Merang
      Fikri
      Penarik
      Chalok
      Saujana
      Bintang
      Keluasan
Luas kawasan pentadbiran pada masa itu adalah 76.69 km persegi. Namun mulai 18 Julai 1996, seluruh kawasan Daerah Setiu telah diwartakan sebagai kawasan Majlis Daerah Setiu sebagaimana Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 907 dan menjadikan luas kawasan Majlis Daerah Setiu bertambah kepada 1304.36 km. persegi (10.07 % daripada keluasan negeri Terengganu).

Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Daerah Setiu


Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MDS. TR. 1 yang boleh didapati di SINI. Borang permohonan yang lengkap sempurna diisi hendaklah di hantar ke alamat di bawah dan sila nyatakan jawatan yang dipohon di hujung kiri penjuru sampul surat;
Yang Dipertua, Majlis Daerah Setiu, Wisma NDS
22100 Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu


Maklumat selanjut mengenai jawatan kosong terkini Majlis Daerah Setiu boleh klik DISINI.

Tarikh Tutup Permohonan : 21 Februari 2017