TERKINI

6/recent/ticker-posts

Jawatan Kosong Terkini Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Feb 2017

Dipelawa Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, terdiri daripada Anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak berikut:
1) PEGAWAI SYARIAH LS41
Gaji Minimum : RM 2,418.00 Gaji Maksimum : RM 9,607.00
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda Syariah / Undang-undang / Pengajian Islam (Syariah)
2) PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29
Gaji Minimum : RM 1,773.00 Gaji Maksimum : RM 5,674.00
Kelayakan : Diploma Pentadbiran Awam / Undang-undang
3) JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
Gaji Minimum : RM 1,377.00 Gaji Maksimum : RM 4,052.00
Kelayakan : SVM / SPM / Sijil


Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pada awalnya berada di Bangunan Sultan Abdul Aziz Samad yang terletak di Kuala Lumpur berhadapan dengan Dataran Merdeka.

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam mula dibina pada tahun 1977. Pembinaan telah dibuat melalui 2 peringkat. Peringkat pertama mengandungi Podium Utara dan peringkat ke 2 mengandungi Podium Selatan serta Blok Menara.

Jumlah luas lantai keseluruhan bangunan ini ialah 578,250 meter persegi. Peringkat pertama yang mengandungi Podium Utara telah siap dan digunakan sejak 1hb Januari 1981.

Cara Memohon Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor




Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor boleh memohon dengan menisi Borang IPK.SEL.1 DISINI.


Atau boleh didapati di;

Setiausaha Bahagian,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Cawangan Perkhidmatan,
Tingkat 3, Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam, Selangor



Maklumat Lanjut mengenai jawatan kosong boleh didapati DISINI.
Borang IK.SEL.1 boleh MUAT TURUN DISINI.


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Februari 2017, sebelum jam 4:00 petang