▶ Jururawat
▶ Eksekutif Teknikal
▶ Head of Organizational Development & Talent Management
Ditubuhkan lebih sepuluh tahun lalu, Pusat Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor), begitu sinonim dengan peningkatan kesedaran berzakat di negeri Selangor dan kecekapan mengagihkannya. Selama sedekad itu, banyak institusi Islam yang dibantu, golongan dhaif yang mampu tersenyum puas – punya jaminan hidup, sosio ekonomi dan budaya yang seimbang. Telah lebih sepuluh tahun jugalah PZS (MAIS) terus berdakwah, berdoa dan bertawakkal untuk membimbing dan mengajak seluruh umat Islam menunaikan rukun Islam yang wajib ini. Sesungguhnya amanah tersebut akan terus dipegang dan ditunaikan dengan sebaik mungkin agar rukun Islam ini akan terus dijunjung dan dimartabatkan. Telah sepuluh tahun juga PZS (MAIS) sentiasa berusaha memberikan khidmat yang terbaik buat kumpulan sasarnya – pembayar dan penerima zakat. Dengan didukungi lebih 300 kakitangan dan sokongan 23 buah kaunter perkhidmatan, dua kumpulan sasar ini sentiasa memberikan khidmat dan layanan terbaik. Hanya yang terbaik daripada PZS (MAIS) kerana “anda di hati kami”. Kini setelah sedekad berlalu, PZS (MAIS) berazam akan terus memberikan yang terbaik, dengan sokongan anda semua. PZS (MAIS) akan terus memikul dan menjalankan amanah sebagai amil dan amilin. Itu komitmen PZS (MAIS). Dengan motto ” Peneraju Keseimbangan Sosio Ekonomi Ummah” PZS (MAIS) kini telah dikenali sebagai LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS). Semoga dengan penaiktarafan ini akan lebih meningkatkan lagi mutu kerja dan komitmen dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat kepada 8 golongan asnaf dengan lebih berkesan di Negeri Selangor.
Cara Pemohonan (Klik untuk Memohon)
Permohonan jawatan kosong MAIS boleh dibuat secara online disini. PEJABAT SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS) Bangunan Zakat Selangor, 3-01-1, Presint Alami, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 03-55227700
Social Plugin