TERKINI

6/recent/ticker-posts

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) – 15 FEB 2015

Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun (pada tarikh tutup iklan) untuk mengisi pelbagai kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bagi jawatan seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut):

Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41.
Pembantu Kesihatan Awam Gred U17.




Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.




Cara Pemohonan (Klik untuk Memohon)


Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Cawangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi, Bandar Ceneh Baharu dan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir atau dengan memuat turun DISINI.





Permohonan hendaklah sampai kepada:-


Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU
(Bahagian Khidmat Pengurusan)




Tarikh Tutup Permohonan: 15 FEB 2015