TERKINI

6/recent/ticker-posts

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) - 08 MAC 2015

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun (pada tarikh tutup) berkelayakan dalam bidang berkaitan dipelawa untuk mengisi pelbagai kekosongan jawatan di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) untuk jawatan seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut):

Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
Penolong Akauntan Gred W27


Majlis Daerah Pasir Mas adalah salah sebuah daripada 12 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan termasuk Majlis Perbandaran Kota Bharu. Ianya ditubuhkan pada 01 Januari 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (171) dengan Warta Kerajaan P.U.7/79.

Luas Jajahan Pasir Mas ialah 577 km persegi dan lingkungan kawasan Majlis Daerah Pasir Mas merangkumi keluasan kira-kira 139 km persegi. Hasil dari percantuman Penguasa-Penguasa Tempatan yang sedia ada iaitu:

  • Lembaga Bandaran Pasir Mas.
  • Majlis Tempatan Rantau Panjang.
  • Majlis Tempatan To’Uban.
  • Majlis Tempatan Gual Periok.

Kesemua kawasan tersebut dan beberapa pusat pertubuhan baru diletak di bawah satu kuasa iaitu Majlis Daerah Pasir Mas dan cawangan di Rantau Panjang.

Cara Memohon (Klik untuk Mohon)


Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDPM 1 yang boleh didapati di Majlis Daerah Pasir Mas dengan harga RM2.00. Borang permohonan yang telah dipenuhkan hendaklah dialamatkan seperti berikut:


Tuan Yang DiPertua
Majlis Daerah Pasir Mas
Kompleks Apam Putra
Bandar Baru Pasir Mas
Lubok Jong
17070 Pasir Mas
Kelantan.


Maklumt lanjut boleh dapatkan DISINI.

Tarikh Tutup: 08 MAC 2015