TERKINI

6/recent/ticker-posts

Jawatan Kosong di Politeknik Sultan Mizan Abidin - 12 FEB 2015

Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun (pada tarikh tutup iklan) untuk mengisi kekosongan jawatan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun, Terengganu bagi jawatan seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut):



PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)







Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) diasaskan pembinaannya pada tahun 2001 di kaki Bukit Bauk, Dungun Terengganu.Sebelum ini ia dikenali dengan nama Politeknik Dungun atau PDT.Dibina di atas tapak seluas 100 hektar, politeknik ini mampu menampung pelajar sehingga 3,600 orang pada satu masa.Manakala, kediaman siswa (asrama) mampu menampung sejumlah 1200 pelajar pada satu masa.

Sebagai sebuah Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ke-13, PSMZA sedang dalam usaha melangkah ke era baru dengan penuh gemilang dan bersedia memikul tanggungjawab untuk memastikan keunggulannya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan teknikal di Malaysia.

Pada 24 Julai 2006 yang lalu merupakan tarikh bersejarah kepada seluruh warga PSMZA, apabila ia buat pertama kalinya dirasmikan oleh ke Bawah DYMM Sultan Terengganu iaitu Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muhtafi Billah sekaligus menyaksikan perubahan nama Politeknik Dungun kepada Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin bersempena dengan nama Baginda.

Demi menerajui keupayaan sebagai gedung penghasilan lulusan pelbagai bidang kejuruteraan, PSMZA mempunyai tiga jabatan induk iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.Kekuatan ketiga-tiga jabatan ini dibantu oleh dua jabatan sokongan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.

PSMZA menawarkan sebanyak 9 kursus di peringkat diploma dan 5 kursus di peringkat sijil.Bagi melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta urusan pentadbiran, beberapa unit lain diwujudkan yang mempunyai peranan masing-masing seperti Unit Kaunseling & Kerjaya, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Pentadbiran dan lain-lain lagi.





Cara Pemohonan (Klik untuk Memohon)



Semua permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan salinan KP, sijil-sijil berkaitan dan ‘resume’ yang lengkap bertanda PSH 2015 sebelah atas kiri sampul surat dan dihantar kepada:


Bahagian Pentadbiran
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
KM 08,Jalan Paka
23000 Dungun


Klik disini untuk KETERANGAN LANJUT

Tarikh Tutup Permohonan: TERBUKA - 12 FEB 2015