TERKINI

6/recent/ticker-posts

Jawatan Kosong Jurujual JAKEL - 5 Feb 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas bagi mengisi kekosongan jawatan di Jakel Kubang Kerian seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut):



Jurujual (Wanita) - 26 Kekosongan







JAKEL TRADING diasaskan oleh Mohamed Jakel bin Ahmad pada 24 Januari 1983 di Muar, Johor. Pada permulaannya, Jakel Trading menjalankan perniagaan tekstil secara pukal kepada peniaga-peniaga kecil di sekitar bandar Muar.

Pada tahun 1985, perniagaan Jakel telah membuka cawangan di Segamat Johor. Dengan modal tambahan sebanyak RM500,000 perniagaan ini telah dibesarkan dengan memajukan jualan secara runcit dan memperluaskan bekalan tekstil kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta. Perniagaan ini terus berkembang walaupun kegawatan ekonomi yang melanda namun ianya dapat ditangani dengan bijak.

Jakel telah mengubah persepsi masyarakat Bumiputera, khususnya dalam perniagaan tekstil yang dahulunya dimonopoli oleh bangsa asing tetapi kini diterajui oleh Bumiputera membuktikan Jakel di persada industri tekstil tempatan.

Bermatlamatkan satu cawangan satu negeri, Jakel kini telah mempunyai 18 buah cawangan di seluruh negara dengan cawangan terbaharunya di Alor Setar, Kedah bagi memberikah pilihan fabrik terbaik untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat Malaysia.

Kini Jakel telah berada di ibu negara, pembukaan Gedung Tekstil seluas 7 pintu dan 6 tingkat di Jalan Bunus off Jalan Masjid India serta pembukaan Jakel Shah Alam dengan keluasan 80,000 kaki persegi setinggi 6 tingkat dan 5 pintu telah berjaya meletakkan Jakel sebagai pelopor tekstil Bumiputera di Malaysia. Jakel juga telah diberi kepercayaan PUNB untuk menjadi Mentor Prosper Usahawan Bumiputera dalam bidang tekstil bagi memberi latihan dan tunjuk ajar kepada usahawan-usahawan Bumiputera yang berminat dalam industri ini.

Pelaburan sebanyak RM30 juta bagi pembukaan cawangan di Kuala Lumpur serta RM50 juta bagi pembukaan cawangan di Seksyen 7, Shah Alam telah memperlihatkan kejayaan. Dengan produk-produk yang bermutu tinggi dari Eropah telah berjaya menjadikan Jakel sebagai pusat pilihan fabrik terkemuka di ibu negara.



KETERANGAN KERJA

  1. Boleh Membaca / Menulis / Mengira / Cepat Belajar
  2. Boleh Menepati Masa / Jujur / Tiada Rekod Jenayah
  3. Berdisiplin / Amanah / Bertanggungjawab
  4. Mempunyai Pengalaman Dalam Bidang Jurujual Dialualukan Mengisi Jawatan Kosong Ini
  5. Boleh Bekerja Shift
  6. Mempunyai Semangat, Minat Serta Keyakinan Dalam Bekerja,Berpewatakan Menarik
  7. Gaji : RM 650 (3 Bulan Training) Kerja Shift + Komisyen Jualan + Elaun Kehadiran + O.T Serta Caruman K.W.S.P / Socso

Cara Pemohonan (Klik untuk Memohon)



Bagi calon-calon yang berminat, bolehlah hantar hadir ke;


Gedung Tekstile Jakel Cawangan Kubang Kerian
Lot P1582-1588, Bandar Baru Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu, Kelantan

ATAU HUBUNGI

09-7603369 (Puan Wadiah - H.R Department)
jakelkk@gmail.com



Tarikh Tutup Permohonan: 05 Feb 2015