TERKINI

6/recent/ticker-posts

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tumpat - 19 April 2015

Majlis Daerah Tumpat mempelawa warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih daripada 58 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan keutamaan kepada rakyat negeri Kelantan untuk mengisi jawatan berikut (Klik untuk maklumat lanjut):
Pegawai Perancang Bandar & Desa Gred J41
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Penyelia Pantai Sri Tujoh Resort Gred N17
Pembantu Penguatkuasa Gred N17
Pembantu Kemahiran Gred H17
Pemandu kenderaan Gred H11
Pembantu Awam Gred H11


Majlis Daerah Tumpat adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuh pada 1 Januari 1979 berikutan suatukeputusan dibuat oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dalam tahun 1973 berhasrat supaya pihak-pihak berkuasa tempatan dalam Semenanjung Malaysia dibuat penyusunan semula. Penyusunan semula Penguasa-penguasa Tempatan ini dibuat adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan, Akta 171 tahun 1976.Sebenarnya sistem Kerajaan Tempatan di Negeri Kelantan Darulnaim ini telah lama wujud ianya bermula sejak tahun 1907 dengan penubuhan ‘Sanitory Board' di beberapa kawasan di bawah undang-undang ‘Sanitory Board' tahun 1907. Tumpat seiring dengan Kota Bharu dan Pasir Mas merupakan tiga buah jajahan yang mula-mula diletakkan di bawah kawalan ‘Sanitory Board' dengan tugas-tugas utama kebersihan, pungutan sampah dan lampu-lampu jalan pada tahun 1914.

Dalam penyusunan semula Penguasa-penguasa Tempatan yang telah sedia ada sebelum tahun 1979 iaitu Lembaga Bandaran Tumpat yang wujud dalam tahun 1955 dan Majlis Tempatan Wakaf Bharu dengan beberapa kawasan baru yang terletak di luar daripada dua penguasa tempatan tersebut menjadikan satu penguasa tempatan yang diberi nama Majlis Daerah Tumpat‘ seperti namanya pada hari ini.

CARA MEMOHON


Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang asal MDT. 1 yang boleh didapati di Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Tumpat, Jalan Tanjung Kuala, 16200 TUMPAT, Kelantan dengan harga RM 1.00. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar ukuran pasport, salinan kad pengenalan/surat beranak, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A dan ke atas. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:
Majlis Daerah Tumpat
Jalan Tanjung Kuala,
16200 Tumpat
Kelantan
Tel: 09-7252224
Fax: 09-7256919
Email: mdtumpat@kelantan.gov.my


Maklumt lanjut mengenai jawatan di Majlis Daerah Tumpat boleh dapatkan DISINI.

Tarikh Tutup: 19 APRIL 2015