TERKINI

6/recent/ticker-posts

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang – 24 FEB 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.


PENOLONG JURUTERA GRED JA29
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)



Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ditubuhkan menurut kuasa seksyen 4 Undang-Undang Pentadbiran Ulama IslamTahun 1959 bagi menasihati Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertua Agong dalam perkara berkaitan dengan agama Islam.

Peranan MAINPP adalah untuk melahirkan masyarakat Islam yang beriman, bertakwa dan dinamis dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ia juga berperanan untuk menegakkan keadilan mengikut hukum-hukum Islam serta mengawal dan membasmi murtad, bidaah, kemungkaran, maksiat, khurafat dan fikiran-fikiran yang menjejaskan kesucian Islam.

Selain itu, MAINPP juga berperanan untuk memaju, menggalak, memudah dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial serta kesejahteraan umat Islam di Negeri Pulau Pinang berlandaskan hukum syara'.

Dasar-dasar dan keputusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dilulus oleh 16 orang ahli yang ditauliahkan untuk tempoh 2 tahun oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong.



Cara Memohon (Klik untuk Mohon)




Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang boleh diperolehi secara PERCUMA DISINI.
Permohonan perlu dihantar ke:
Setiausaha
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Tingkat 8 & 9, Menara UMNO
No.128, Jalan Macalister
10400 PULAU PINANG.



Lazada Malaysia
Maklumat dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh DISINI.

Tarikh Tutup: 24 FEB 2015