Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri Temuduga Terbuka Tapisan Pertama bagi jawatan (Klik dibawah untuk keterangan) :
▶ PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29 (SAMBILAN BERELAUN)
Pada abad ke 19 hingga awal abad ke 20 tugas-tugas kesetiausahaan seperti menulis surat-surat DiRaja dan surat-surat rasmi Kerajaan telah dilaksanakan oleh "Semian" (Tok Semian). Perkataan "Semian" berasal dari bahasa Siam yang bermakna "jurutulis" .Di akhir abad ke 19 pejabat Semian terletak di bangunan panjang yang diperbuat daripada kayu di hadapan Istana Balai Besar dan dikenali sebagai "Opis Panjang" yang dibina pada awal pemerintahan Sultan Mansor(1891-1899).
Di awal pemerintahan Sultan Muhammad IV (1899-1920) telah dibina sebuah bangunan kayu berbentuk empat persegi yang dikenali sebagai "Opis Pohon Celagi". Pejabat Setiausaha Kerajaan juga pernah ditempatkan di Bangunan Takdir, Jalan Sultan Ibrahim, di sebelah Pejabat Pos Lama, Kota Bharu.
Semasa Pendudukan Jepun dalam tahun 1942 sebuah bangunan baru bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Hospital / Jalan Doktor. Setelah siapnya bangunan baru di Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai maka pada bulan Mac 1987, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan mulai ditempatkan di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.
Cara Memohon (Klik untuk Mohon)
Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh kerajaan.
Makmal ICT
Bahagian Pengurusan Maklumat
Blok 6, Aras 1,
Kompleks Kota Darulnaim
Maklumat dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh DISINI.
Social Plugin