TERKINI

6/recent/ticker-posts

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) - 2 MAC 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun (pada tarikh tutup) untuk mengisi pelbagai kekosongan jawatan di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk jawatan seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut):


PEGAWAI PENERANGAN GRED 48
PENOLONG PENGAWAL KESELAMATAN KP27
PEMBANTU TADBIR (UNDANG-UNDANG) L17



Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009. Akta 700 kemudian dikuatkuasakan pada 1 April 2011.

Akta ini menggantikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2005. Penubuhan Suruhanjaya ini adalah selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan justeru memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.

Sejak Akta ini dikuatkuasakan, Suruhanjaya ini telah mula melaksanakan fungsi-fungsi seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 4 Akta 700. Fungsi utama Suruhanjaya ini adalah menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran berhubung dengan aduan yang diterima. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti penguatkuasaan akan sentiasa dipantau dan sekiranya terdapat salah laku, tindakan susulan yang sewajarnya akan disyorkan.



Cara Memohon (Klik untuk Mohon)




Borang permohonan hendaklah dikembalikan ke alamat:



SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
ARAS 5, BLOK MENARA, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62652 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)



Lazada Malaysia
BORANG, maklumat dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi DISINI.

Tarikh Temuduga: 02 MAC 2015