TERKINI

6/recent/ticker-posts

Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – 19 FEB 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun (pada tarikh tutup) untuk mengisi pelbagai kekosongan jawatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk jawatan seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut):


Bendahari (W54)
Pembantu Pembedahan Pergigian (U17)
Jururawat Pergigian (U29)
Pegawai Psikologi (S41)
Pemandu Kenderaan (H11)
Pegawai Perubatan (Ud43/44/47/48/51/52/53/54)
Pegawai Pergigian (U41/44/48/52/54)
Pembantu Operasi (n11)
Penolong Jurutera (AWAM) (JA29)



Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah universiti Islam dan universiti ke-12 yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Matlamat USIM adalah menjadi peneraju dalam segenap aspek ilmu dan sebagai pusat rujukan global untuk integrasi ilmu Naqli dan Aqli.

USIM menggunakan pendekatan seimbang dalam pendidikan, iaitu menerapkan elemen-elemen yang memenuhi keperluan fizikal dan rohani, bukan sahaja pengukuhan dalam program akademik yang ditawarkan, malah dalam amalan pentadbiran dan pengurusannya juga. Pendekatan yang ditampilkan oleh USIM, merangkumi pendekatan holistik ke arah penyampaian ilmu, yang menyatukan sains revelational (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu Aqli).

Berdasarkan itu, USIM menawarkan model yang unik untuk pengajian tinggi Islam, yang membezakannya daripada universiti-universiti Islam yang lain di seluruh dunia. Integrasi ilmu agama bersama sains sosial dan fizikal dalam semua program USIM, telah menyediakan pemahaman yang komprehensif serta menawarkan pendekatan dan penyelesaian baharu dalam masalah global semasa.



Cara Memohon (Klik untuk Mohon)




Permohonan hendaklah dibuat menerusi Sistem Pengambilan Kakitangan e-IRIS USIM . Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

Seksyen Perjawatan (HRMIS & Kenaikan Pangkat)
Aras 2, Bangunan Canselori
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan


Lazada Malaysia
Maklumat lanjut jawatan kosong USIM 2015 boleh didapati DISINI.

Tarikh Tutup: 19 FEB 2015