TERKINI

6/recent/ticker-posts

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Langat – 15 FEB 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun (pada tarikh tutup) untuk mengisi pelbagai kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kuala Langat untuk jawatan seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut):


Pembantu Operasi Gred N11
Pemandu Kenderaan Gred H11
Pembantu Awam Gred H11



Daerah Kuala Langat dibahagikan kepada dua kawasan pentadbiran iaitu di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat seluas 62.924 KM persegi dan selebihnya adalah di bawah pentadbiran pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat. Daerah Kuala Langat telah terkenal sejak dahulu lagi dengan keindahan pantainya terutamanya pantai Morib yang menjadi kawasan rekreasi utama. Selain itu terdapat juga kawasan bersejarah iaitu peninggalan daripada zaman pemerintahan Sultan Selangor di Bukit Jugra. Terdapat juga kawasan lain yang mempunyai daya tarikan pelancongan yang berasaskan ciri-ciri kebudayaan dan tradisi tempatan seperti perkampungan orang asli dan perkampungan melayu tradisi.



Cara Memohon (Klik untuk Mohon)




Calon yang berminat mengisi jawatan kosong Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) perlu mengisi borang permohonan jawatan kosong yang boleh di muat turun DISINI.

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting, Selangor


Lazada Malaysia
Maklumat lanjut jawatan kosong Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) boleh didapati DISINI.

Tarikh Tutup: 15 FEB 2015