TERKINI

6/recent/ticker-posts

Jawatan Kosong Terkini Majlis Daerah Tanah Merah 28 Nov 2017

Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

1) Pembantu Tadbir (N19)
Gaji Mininum : RM 1,352.00 Gaji Maksimum : RM 4,003.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 / Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
2) Pemandu Kenderaan (H11)
Gaji Mininum : RM 1,218.00 Gaji Maksimum : RM 2,939.00
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah (memiliki Kepujian sekurangkurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu)
3) Pembantu Am (H11)
Gaji Mininum : RM 1,218.00 Gaji Maksimum : RM 2,939.00
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah (memiliki Kepujian sekurangkurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu)

MAJLIS DAERAH TANAH MERAH


Majlis Daerah Tanah Merah telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) dengan kawasan yang diwartakan seluas 136.60 km. persegi. Penubuhan ini dibuat dengan penyusunan semula beberapa kawasan untuk diletakkan di bawah satu pentadbiran iaitu gabungan tiga Penguasa Tempatan yang sedia ada serta beberapa pusat pertumbuhan ekonomi yang lain di jajahan ini.


Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM)



a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Majlis Daerah Tanah Merah dengan harga RM3.00. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Tanah Merah beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.

b. Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan sahaja.

c. Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.

d. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi.


Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat permohonan dan hendaklah dihantar ke alamat:-


YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANAH MERAH
17500 TANAH MERAH
KELANTAN



Maklumat Lanjut mengenai jawatan kosong boleh didapati DISINI.
Pembantu Tadbir
Pemandu Kenderaan
Pembantu Am



Catatan Am
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat akan ditolak. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
ii) Tidak lengkap dan tidak jelas
iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan
iv) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Pengarah Bahagian/Ketua Unit bagi pegawai yang sedang berkhidmat
v) Tidak ditandatangani.

Tarikh Tutup Permohonan : 28 November 2017