TERKINI

6/recent/ticker-posts

Jawatan Kosong Terkini Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) 31 Mei 2017

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut secara kontrak :-

1) PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 - KEKOSONGAN (1 Jawatan)
Gaji Mininum : RM 1,493.00 Gaji Maksimum : RM 5,672.00
Kelayakan : Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
2) PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29 - KEKOSONGAN (1 Jawatan)
Gaji Mininum : RM 1,549.00 Gaji Maksimum : RM 5,684.00
Kelayakan : Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer atau teknologi maklumat
3) MERINYU TALIAIR GRED J19 - KEKOSONGAN (5 Jawatan)
Gaji Mininum : RM 1,377.00 Gaji Maksimum : RM 4,052.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
4) PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 - KEKOSONGAN (1 Jawatan)
Gaji Mininum : RM 1,352.00 Gaji Maksimum : RM 4,003.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
5) PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19 - KEKOSONGAN (1 Jawatan)
Gaji Mininum : RM 1,377.00 Gaji Maksimum : RM 4,052.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Kekompetenan Kategori A0(Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga
6) PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19 - KEKOSONGAN (4 Jawatan)
Gaji Mininum : RM 1,377.00 Gaji Maksimum : RM 4,052.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhan Tenaga
7) PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - KEKOSONGAN (4 Jawatan)
Gaji Mininum : RM 1,218.00 Gaji Maksimum : RM 2,939.00
Kelayakan : Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I
8) PEMBANTU AWAM GRED H11 - KEKOSONGAN (4 Jawatan)
Gaji Mininum : RM 1,218.00 Gaji Maksimum : RM 2,939.00
Kelayakan : Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan
Tiga/Penilaian Menengah Rendah


LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU KADA


Disempurnakan penubuhannya pada 30 Mac 1972 melalui Akta 69, Akta Lembaga Pertanian Kemubu, 1972 dan dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia pada 2 Mac 1973.

Setelah KADA diwujudkan, Kerajaan Negeri Kelantan pula menyusuli tindakan dengan meluluskan Enakmen Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Kemubu, 1972 (Enakmen no.2 Tahun 1972 Kelantan) membolehkan Menteri Pertanian dan Perikanan melaksanakan Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, 1972 mulai 1 Ogos 1972.

Kampung Kemubu terletak di tebing Sungai Kelantan, 30km dari Kota Bharu telah disemadikan namanya dalam lipatan sejarah KADA. Di situlah terbina sebuah rumah pam membekalkan air ke Rancangan Pengairan Kemubu (RPK), rancangan terbesar dalam gugusan rancangan-rancangan pengairan lain yang dipersatukan di bawah kuasa pengendalian KADA.


Cara Memohon Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)



Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) boleh memohon dengan mengisi Borang LKPK 1.KLIK DISINI.


Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat permohonan dan hendaklah dihantar ke alamat:-
Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Peti Surat 127
Jalan Dato Lundang
15710 Kota Bharu, Kelantan
(U/P: Pengarah Bahagian Pengurusan)

Maklumat Lanjut mengenai jawatan kosong boleh didapati DISINI.
Permohonan yang berikut akan ditolak:-
i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
ii) Tidak lengkap dan tidak jelas
iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan
iv) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Pengarah Bahagian/Ketua Unit bagi pegawai yang sedang berkhidmat v) Tidak ditandatangani.

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2017